بسم لله الرحمن الرحيم

I'm a sinner that hoping for blessing from My Rabb





Mahalkan dirimu wahai muslimah
 
Sunday, June 15, 2014 

Aku paling menyampah,
Dengan status perempuan yang malu-malu,
Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,
Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.
.
Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat,
Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?
.
Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?
Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?
.
Bukannya mengada-ngada,
Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,
Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?
.
Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat,
Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian,
Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah,
Katanya :
"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"
Alasan yang dah basi.
.
Itu semua poyo !
Wahai perempuan,
Jaga diri boleh tak?
Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.
Biar lelaki benci !
Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.
.
Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,
Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,
Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.
.
Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !
Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?
.
Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya,
Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?
Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?
.
Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,
Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !
Jangan sampai mereka jatuh hati !
Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.
.
Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi !
.
Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada  pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.
.
Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?
.
Pleaselah~
Tepuk dada tanya diri.
Maafkan hamba jika terkasar bahasa. 

    ‘Mahalkan dirimu wahai muslimah‘
Sungguh aku tidak layak
 
 

Di setiap kelebihan milikku
Tersimpan kelemahan yang tidak kau ketahui

Di setiap kekuatan milikki
Tersimpan kekurangan yang tidak kau ketahui

Di setiap keberanian milikku
Tersimpan ketakutan yang tidak kau ketahui

Di setiap kecantikan milikku
Tersimpan kehodohan yang tidak kau ketahui

Di setiap keceriaan milikku
Tersimpan kesedihan yang tidak kau ketahui

Di setiap kekayaan milikku
Tersimpan kemiskinan yang tidak kau ketahui

Di setiap kelapangan milikku
Tersimpan kesempitan yang tidak kau ketahui

Di setiap kebahagiaan milikku
Tersimpan kedukaan yang tidak kau ketahui

Di setiap kebersihan milikku
Tersimpan kekotoran yang tidak kau ketahui

Di setiap keindahan milikku
Tersimpan kejijikan yang tidak kau ketahui


Tidak layak diriku menerima pujian
Tidak pantas diriku menerima penghargaan

Berhenti memuji diriku
Aku hanya insan yang hina

Semua pujian hanya pada pencipta ku
Dia lah yang Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Kuasa

Aku hanya makhluk penuh kelemahan dan kejijikan
Yang dipinjamkan keindahan dan kekuatan dari-Nya

Sesunguhnya tidak layak bagi ku untuk menerima pujian
Segala puji kepada Tuhan Sekalian Alam 
        
     ‘Sungguh aku tidak layak‘

Bayangkanlah
 
Saturday, May 3, 2014 

بسم لله  الرحمن الرحيم




Saat mengenang kisah silam  

Tersenyum tertawa menangis meraung

Siapa kita pada masa silam ?

Itu tidak penting sahabat

Siapa kita pada masa depan ?

Itu adalah persoalan yang wajib kita fikirkan

Masa tidak pernah berhenti berputar 
Meninggalkan kita yang terus termanggu dengan bayangan kisah silam

Sakaratul maut juga sentiasa dekat 
Memerhatikan persiapan yang kita lakukan untuk bekalan di alam sana

APA YANG HARUS AKU LAKUKAN ?

Persoalan yang sering bermain dibenak anak Adam yang baru tiba di medan penghijrahan

Benar bukan ?

Apa yang kau tunggu ?
Apa yang kau nanti ?
Apa yang kau hendak ?


I N F I R U

B E R A N G K A T L A H

Tiada yang harus ditakuti selain Allah SWT
Tiada yang harus dinanti selain saat perpisahan jasad dan rOh
Tiada yang harus dikehendaki selain rahmat dan barakah dariNya

Jangan lagi menuding jari
Jangan lagi menunduk sepi
Jangan lagi berjiwa muram
Jangan lagi berlagu suram

Aku, Kau, Dia, 
Kita semua khalifah
Kita semua abdullah

Tiada beza 
Tiada istimewa
Kita sama kita serupa

Kisah silam terus menjadi kenangan 
Hari ini terus menjadi satu permulaan
Hari esok terus menjadi satu persoalan

Andai hari ini hari terakhir buatmu
Apa kau berpuas hati dengan sikapmu seharian ini
Apa kau merasa kau telah menjadi yang terbaik hari ini 

Jika belum 
Bayangkanlah


Mujahadah Itu Pahit
 
 

بسم لله  الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T


Apabila aku berbicara semua mata tertumpu pada diri kerdil
Ada yang mendengar dengan rasa senang
 Ada pula yang mendengar dengan penuh cemuhan 


Apabila aku berhijrah seakan dunia akan berakhir
Ada yang terkejut dan terus menghina
Ada yang terkejut lantas menyokong penghijrahanku


Apabila aku berpakaian dengan bertutup litup
Ada yang mengkritik mengatakan aku tidak layak
Ada yang setuju dan bersyukur atas perubahanku


Apabila aku menasihati seperti aku si bisu yang ajaib bisa berkata
Ada yang menerima tapi mencemuh dalam hatinya
Ada yang mencemuh tapi mempersetujui


Ada kalanya aku gugur jatuh perih 
Ada kalanya aku mengalah dan menangis keperitan
Ada kalanya aku berhenti berharap


Namun aku akan tetap mencuba berdiri 
Aku akan terus berlari
Aku akan terus berjuang


Biar bicara ku dicemuh sekalian alam
Aku yakin pasti ada yang mendengar


Biar penghijrahan ku penuh kebencian
Aku yakin pasti ada yang menerima


Biar pakaian ku terlihat ketinggalan zaman 
Aku yakin pasti ada yang suka


Biar nasihat ku tidak diendahkan
Aku yakin ada yang mengambil iktibar


Kerana

MUJAHADAH ITU PAHIT




Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.